Friday, September 03, 2010

Buku Masuk Barisan

Untuk keterangan lanjut atau untuk mendapatkan nombor telefon / fax penerbit;

Sila email ke basri.normohd emailnya akaun gmail.com

Terima kasih.

Tuesday, October 28, 2008

Jiwa Kacau Yang Formal oleh Dr. Irwan

Sabtu, 30 Disember 2006
Jiwa Kacau Yang FormalDah 4:00 pagi. Teringat malam Hescom, Basri (Presiden Geng Jurnal) beri aku senaskhah buku Masuk Barisan. Terima kasih, Basri. Kalau tak beri free, mungkin aku tak akan ada buku tu kerana mungkin aku tak akan beli buku tu kerana mungkin aku tak suka judulnya yang mungkin berbau (atau berbahu?) politik.

Semalam aku bermalam seorang diri di sebuah hotel di Port Dickson. Sempat baca sedikit buku tu yang aku bawa bersama.

Biasalah, kita lebih berminat baca tulisan orang yang kita kenal. Aku baca dulu tulisan Naimisa kerana dia aktif di esastera (off-line) dan esasterawan. Tambahan pula, masih segar dalam ingatan pertemuan dengannya di Hescom 06.

Suka baca tulisannya yang tersiar tu. Satu daripada esasterwan.com, tentang "perempuan tak guna...". Aku sms kat dia ucap tahniah.

Kemudian aku baca entri rimanilzah. Semuanya dari esasterawan. Semuanya aku dah baca sebelum ini, malah masih segar di ingatanku. Jadinya, tak ada yang memeranjatkan. Aku cari-cari ungkapan rimanilzah yang kuanggap most memorable: "Zul, sekarang aku dah tak beli VCD cetak rompak lagi. Aku beli DVD cetak rompak". Begitu lebih kurang bunyinya. Namun entri yang ini tidak ada.

Aku pindah ke entri Rudy pula... Rudy yang lama tak bersama dengan esastera tetapi sangat sayang akan esastera dan berjanji akan aktif seaktif-aktifnya di esastera tahun 2007 ini. Sempat baca satu cerita menarik tentang tayar keretanya masuk ke parit...

Nampaknya sejak masuk barisan (ada pun di sini), Jiwa Kacau jadi begitu formal, dengan setiap entri dinyatakan judulnya, tarikh siarannya, serta urlnya.

Buku Masuk Barisan ini, setakat yang aku dah baca, diedit dengan baik. Tidaklah aku tahu apa pandangan orang sastera terhadap blook seperti ini.

Mungkin kita juga boleh terbitkan blook daripada entri di esasterawan. Yang ini kenalah orang lain urus. Aku sendiri masih tercungap-cungap dengan projek antologi puisi BM-Rusia yang perlu diterbitkan dalam tahun 2007 ini.

Aku juga bercita-cita nak terbitkan blook perseorangan dari entri di laman ini. Macam yang dibuat Mat Jan.

Kita terbit dulu. Lepas itu, kita tunggu apa kata orang sastera.

(Aku rasa mereka akan kata kegiatan menerbitkan blook ini kerja orang syok sendiri dan tiada faedahnya kepada dunia sastera).

Siap tulis tepat 4.30 am. Nak tidur.

Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas ;
http://www.esasterawan.net/esasterawan/1_weblogg.asp?uid=8&bid=4024

Monday, October 27, 2008

"Really Appriciate It" oleh Suziyanti Suhaimi

Thursday, 29-Mar-2007 02:48
JIWA KACAU yang satu lg MASUK BARISAN

just got this book from my student (thanks Azhan@kelambu)..
really appriciate it very much...i like...

agak terkejut sbb sblm ni kalo student bagi hadiah cam souvenier ke apa2
tp ni first time student bagi buku..

entah nape ye..rasa tersentuh plak hati nih..

rasanya cam dah lama sgt x baca buku yg bukan akademik nih..

almaklumlah dah keje mengajar nih tiap2 hari kena baca buku..

suziyanti..its time to u back to normal...(i love reading...anything+everything..magazine..story book etc)

dah lama sgt x baca majalah hiburan rasanya...

wahhhhh what happen to me???

Suziyanti Suhaimi;
http://suziyanti.fotopages.com/?entry=1119546

Sunday, October 26, 2008

Tersentuh oleh Neeziee

Jika Laurent Metzger* tersentuh bila A Samad Said datang ke rumahnya untuk menyerahkan senaskah buku keluaran terbarunya, aku pun ada pengalaman begitu.

Semalam kemat datang ke rumah aku menyerahkan dua naskah masuk barisan pada aku.

Dapat percuma tuuuu. Hehe.

Dari KL sampai ke Tanjong Malim dia hantar. Satu aku bagi kat intan. Terima kasih Kemat. Kalau ada keluar buku lagi boleh la aku dapat percuma lagikan?kan??..ahaks.

*Pensyarah Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Universiti La Rochelle, Perancis.

Amaran!!Jangan sesekali cuba untuk memasak masuk barisan kerana ia tidak sedap dimakan.

http://separawaras.com/neeziee/?p=160

Saturday, October 25, 2008

Menarik Perhatian oleh Pakteh

Friday, January 19, 2007
Buku Masuk Barisan

Membaca. Buat-buat suka. Lebih baik dari tidak. Kalau kita baca, ada lah perkara baru yang ditemui. Baris-baris ayat dalam buku itu adalah luahan hati menulis kepada kita.

"Buku apa Pakteh... M A S U K B A R I S A N.... lain macam saja?" sapa Haliza, kawan sekerja aku.

"A..ah. Ala buku cerita..." Aku kemalu-maluan menjelaskan.

Usia 38 tahun sepertiku bukan buku cerita yang sepatutnya aku baca. Namun aku tidak peduli apa orang kata. Bukan haram, sekadar baca.

Buku bertajuk Masuk Barisan yang ditulis oleh Basri itu memang menarik perhatian sesiapa pun yang memandangnya. Termasuklah aku. Aku dapat buku itu melalui internet. Selaku pengguna, buku di tanganku ini, agak mahal harganya. Bayar secara online. Buku dikirim dengan Pos Ekspress ke alamat rumah aku. Tidak mengapa. Redha.

Basri hanya penyusun. Bukan penulis. Penulisnya adalah entri-entri blog blogger yang lain. Saya suka. Semua.

Di tempat aku. Terengganu. PAS dan Barisan Nasional. Sensitif. Sebelum ini PAS memerintah Terengganu. Sekarang UMNO atau BN. Tahun 2008. Belum pasti. BN juga agaknya.

Aku baca buku Masuk Barisan, seolah-olah aku hendak tukar parti. Nak masuk BN. Itu lah agaknya yang kawan aku fikir. Aku bukan minat politik. Usia aku. Rambut sudah beruban. Belum pernah memangkah. Belum pernah mengundi untuk pilihanraya. Belum daftar pemilih. Berkecuali. Terengganu. PAS dan BN. Isu sensitif.

Buku Masuk Barisan yang berasaskan koleksi blog entri ini, belum habis baca. Aku baca lambat-lambat. Cuba menikmati setiap patah ayat. Aku ingin belajar sesuatu dari entri dalam buku.

Sebelum ini. Dua minggu yang lalu. Aku baca buku Ayah Kita Bos dihasilkan oleh Tokrimau. Ya ya. Tok Rimau dan Naga. Konsep. Sama macam Buku Masuk Barisan.

"Suka-suka saja Haliza... tak ada apa nak dibaca" aku kemudiannya menjelaskan sambil menghulurkan buku di tanganku kepadanya.

Haliza menyambut dan menyelak pantas buku itu dari kulit depan hingga belakang.

"Oooo... ok juga" Haliza.

Pakteh;
http://pakteh.blogspot.com/2007/01/buku-masuk-barisan.html

Nota: Pakteh ( Ustad Yasin) telah kembali kerahmatullah pada 11 March 2007 di Hopital Kuala Terengganu kerana Kanser Tulang. Allahyarham seorang ustaz di SK Alur Lek Kasar, Terengganu. Al-Fatihah.

Monday, February 05, 2007

CERITA DARI INTERNET

Buku bertajuk Masuk Barisan mengandungi himpunan cerita pendek dari internet. Ia adalah entri-entri terbaik dari pengendali blog-blog tanah air. Di negara barat buku sebegini jatuh dalam kategori blook (blog-book). Tidak banyak buku seumpama ini diterbitkan di Malaysia, dapatkan senashkah hari ini juga agar anda tidak ketinggalan.

Info tentang buku ini ;-
Saiz : 46 pica x 33 pica
Penyelenggara : Jigo, Attokz dan Basri
Penerbit : Mak Itam Network Enterprise
Genre : Blook
Mukasurat : 200 halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9834273436

Ia sangat menarik untuk dibaca, selain berdiri sebagai antologi, buku ini juga adalah direktori berguna kepada yang sedang mencari sumber bacaan baru di internet.

Boleh didapati pada harga RM23 senaskah, tidak termasuk kos pos.



Mawi dah ada satu, anda bila lagi? :-)


Monday, January 01, 2007

Buku "MASUK BARISAN" terbit jua sudahnya.


Salam.

Buku "Masuk Barisan" terbit jua sudahnya. Selepas beberapa penangguhan akibat beberapa masalah seperti duit, teknikal dan editorial. Biasalah, kita manusia hanya mampu merancang, Allah jua menentukan. Mula hari tu dalam bulan Januari 2006 kalau tak salah. Kepada yang belum beli dan nak beli satu silalah tinggalkan email dan nama saudara/i di sini;


Taruk subjek email tu "((((( HAI MANUSIA... AKU NAK BELI BUKU MB!)))))"

Kepada mereka yang sudah menerima email confirmation dan sudah bayar harga buku itu, ia akan di pos dengan kadar express.


-- Tentang buku MASUK BARISAN --

Blog Projek ini dahulu di http://jiwakacau.blogdrive.com

Harga buku adalah RM23, ada lebih 20 orang penulis dan lebih daripada 200 certot (cerita kontot) aka entri daripada blog para blogger terbabit. Lebih daripada 200 muka surat (jangan bimbang, kami tak paksa kau khatam satu hari satu malam).

Belanja pos adalah RM3 sebab satu pek Pos Ekspres pejabat pos jual tiga ringgit. Bateri tidak diperlukan HA HA HA

Jadi: jika memesan 1 buku, Rm23 + rm3 = RM26

Boleh juga beli lalu tangan = kalau kenal penulis-penulis terbabit kerana mereka ada naskah-naskah penulis.

Selepas order, simpan tracking code, slip, atau apa-apa rujukan yang ada dan jangan lupa bagi alamat pos yang tepat.


-- Buku Percuma --

Kepada sesiapa yang ingin membuat review kepada apa-apa penerbitan buku MASUK BARISAN percuma boleh mintak kat aku (email sahaja). - ini untuk pernerbitan kertas yang sah saja lah. kalau nak review untuk kau punya blog sendiri tu kirim salamlah ya.


-- Bayaran --

Kau email ke alamat kat atas tu, nanti aku send semua butir.

Dah, itu saja. Makasih.